Saturday, August 8, 2020

5 Latihan Yoga Untuk Wajah Kelihatan Cantik

Kalau ada cara yang natural lagi bagus untuk buat kita cantik dan awet muda. Yoga untuk wajah sangat sesuai dilakukan. Nak buat di rumah sahaja pun boleh. Caranya tidaklah susah. Senang sahaja dibuat. Yoga ni boleh dibuat dalam 10-20 minit sahaja. 



Latihan Yoga untuk Wajah


Apakah Yoga Untuk Wajah? Bagaimanakah ia berfungsi untuk mencantikkan wajah?



Sama seperti senaman lain, melakukan senaman otot anda dapat meningkatkan tegangan buat masa yang lama. Sama juga dengan yoga wajah! Dan seperti kebanyakan amalan penjagaan kulit yang tidak invasif (seperti urutan menggunakan jade roll, Gua sha terapi atau urutan limfatik) adalah urutan yang mengambil masa yang panjang untuk dilakukan, dengan hasil terbaik ditunjukkan setelah penggunaan berulang dari masa ke semasa. Ada yang melihat hasilnya dari beberapa minggu hingga ke beberapa bulan.


Dalam satu kajian, beberapa orang penguji (testers) melakukan senaman selama 30 minit setiap hari selama dua bulan, kemudian setiap hari selama tiga bulan. Jika dibandingkan dengan gambar awal mereka, peserta menunkukkan peningkatan pada pipi (cheek fullness), mata (lifted eyes) dan anggaran usia mereka menurun dengan ketara. Selain mehilangkan garis kedutan, menegangkan kulit di sekitar mata, menegangkan pipi dan leher, yoga wajah juga berkait dengan pengurangan sakit leher, dengkur, dan sakit kepala. 


Petua untuk permulaan:
  • Fokus pada nafas anda, kerana sangat penting untuk leher dan bahu dalam keadaan relax untuk hasil yang terbaik.
  • Pastikan kulit anda terhidrat dengan baik sebelum memulakan.
  • Masa yang paling sesuai untuk melakukannya ada setelah selesai anda menggunakan skincare sama ada pagi atau malam.
  • Pastikan tangan anda bersih kerana anda akan menyentuh wajah anda!


Exercises:

1. URUTAN UNTUK BAHAGIAN BAWAH MATA

Baik untuk: menghilangkan eye bags, bengkak dan garisan bahagian bawah mata.

  • Tekan kedua-dua jari tengah bersama-sama ke dalam di bawah mata, kemudian dengan jari telunjuk, urut ke sudut luar bawah mata
  • Lihat ke siling, dan kemudian rehat. 
  • Ulangi enam kali lagi dan selesaikan dengam memejamkan mata dengan rapat selama 10 saat.


2. URUTAN UNTUK KEDUTAN DAHI

Baik untuk: garis kedutan dahi yang mendatar dan garis menegak di antara mata.

  • Letakkan kedua tangan di dahi menghadap ke dalam dan urut gunakan semua jari di antara alis dan garis rambut. 
  • Sapu dengan lembut jari ke luar di dahi, dengan memberi tekanan ringan untuk menegangkan kulit. Berehat dan ulangi lima kali. 
  • Menggunakan telunjuk dan jari tengah di dahi. 
  • Tekan tekanan yang kuat, kemudian mulai urut sedikit secara mendatar. 
  • Berehat dan ulangi lima kali. 


3. URUTAN UNTUK MENEGANGKAN ALIS 

Baik untuk: kening mata yang terkulai dan mata yang berkedut

  • Letakkan hari telunjuk di bawah setiap mata, urut ke arah hidung.
  • Sembunyikan gigi dan bentuk 'O' dengan mulut anda. 
  • Naikkan alis ke atas sambil memandang siling selama 30 saat.


4. URUTAN UNTUK LEHER DAN JAWLINE

Baik untuk: garisan dan kulit yang kendur di leher

  • Pusingkan dagu ke sebelah kanan atas pada sudut 45 darjah. 
  • Bentukkan mulut anda seolah-olah anda akan mencium seseorang. 
  • Tahan selama lima saat dan berehat. Ulangi tiga kali. 
  • Kemudian lakukan gerakan yang sama di sebelah kiri. 
  • Seterusnya, tutup bibir anda ke dalam untuk menarik sudut mulut ke dalam mulut. 
  • Urutkan hujung jari anda di tulang selangka (collarbone) ke atas ke dagu. Tahan nafas selama empat saat.


5. URUTAN UNTUK PIPI

Baik untuk: garis pipi dan kulit kendur

  • Buat bentuk 'O' dengan mulut, sembunyikan gigi dengan bibir anda. 
  • Senyum meluas sambil menjaga gigi tersembunyi dan ulangi enam kali. 
  • Seterusnya, pegang bentuk senyuman sambil meletakkan satu jari telunjuk di dagu. 
  • Kemudian mulai menggerakkan rahang ke atas dan ke bawah ketika kepala condong ke belakang dengan lembut. 
  • Berehat dan ulangi dua kali lebih banyak.

Semoga hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana sudi membaca post entri saya ini.

No comments:

Post a Comment