Friday, September 18, 2020

10 TIPS UNTUK PELAJAR (SELF-CARE TIPS)





Saya yakin dan percaya semua pelajar memerlukan self-care iaitu penjagaan diri.  Bila dah masuk sekolah balik ni, dengan keadaan negara yang sedang dilanda wabak Covid-19, mesti ada pelajar yang bersemangat sekali sebab dah boleh masuk sekolah balik, dah boleh belajar balik. Tapi ada juga pelajar yang masih moodnya nak stay di rumah sahaja main game. Setiap orang ada ragamnya. 

Kali ini, saya akan kongsikan 10 tips untuk pelajar yang mana berguna untuk penjagaan diri pelajar-pelajar agar terus produktif dan mempunyai minda yang sihat. Bila dah produktif dan minda yang sihat, baru lah ada mood nak belajar. Ilmu pun senang masuk. So, nanti mesti result pun gempak.


10 self-care tips for students:

1. Dapatkan tidur yang secukupnya kerana otak anda sangat perlukannya. Set diri anda sendiri untuk dapatkan tidur selama 8 jam dan cuba tidur pada waktu yang sama setiap hari. 

2. Minum banyak air. Hampir 2 liter sehari.

3. Jaga kulit anda. Cuci muka setiap pagi dan malam. Jangan lupa untuk tanggalkan solekan anda dan moisturize.

4. Ambil masa untuk bersenam. Time sekarang ni, dah boleh joging dah kan. Asalkan mengikuti SOP yang ditetapkan. Jadi hujung minggu bolehlah ambil masa sikit untuk joging dan bersenam.

5. Jangan biarkan tugasan sekolah mencuri masa seharian anda. Luangkan masa untuk berehat atau meluangkan masa bersama keluarga.

6. Benarkan diri anda untuk relax. Jangan memaksa diri anda dalam membuat tugasan sekolah. Know your limit.

7. Makan makanan yang sihat. Elakkan makan makanan segera seperti keropok. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

8. Bersarapan setiap pagi sebelum ke sekolah, jangan tinggalkan sarapan. Kalau perut kosong ke sekolah, nanti diri sendiri yang tak selesa dan tak bermaya.

9. Kemas tempat tidur anda setiap pagi. Ia dapat membantu anda rasa tenang dan selesa. Jadi lepas balik sekolah tak adalah nak kemas-kemas lagi. 

10. Dengar lagu kegemaran, menari, menonton wayang kegemaran, atau berseronok dengan kawan anda. . Make yourself happy  and don't forget that you are human, not a robot. Jangan memaksa diri anda. Tetapi berseronok tu janganlah sampai lupa yang homework tu nak kena siapkan juga


Walau apa pun, percayalah pada diri sendiri. Anda berhak mendapatkan yang terbaik pun diri anda sendiri!

full-width

Semoga hari anda baik dan luar biasa! Terima kasih kerana membaca entri saya ini.

18 comments:

  1. Betuuuuul! Waktu sekolah dan asasi banyak abaikan masa untuk diri sendiri, kerah dan mengerah diri. Bila masuk degree, dari tahun pertama dah set mentaliti 'I am gonna treat myself well this time.'

    Kadang-kadang, ada benda takleh elak. But the key word is - 'cuba'.
    Terima kasih untuk peringatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa Faten :) peringatan ni pun untuk diri saya sendiri juga <3 sama-sama

      Delete
  2. kena bagitahu kpd murid-murid saya ni...

    ReplyDelete
  3. belajar, belajar jg... tp kesihatan diri lbh penting

    ReplyDelete
  4. penampilan kena juga jaga kan :)

    Tahniah, awak salah seorang pemenang giveaway di blog saya
    https://www.syaznirahim.com/2020/09/pemenang-giveaway-sejak-kembali-galak.html

    ReplyDelete
  5. tidur yang cukup dan air yg cukup.. utk kekal sehat baru la boleh focus kan

    ReplyDelete
  6. Betul, setuju! lagi2 dalam pandemik covid19 ni..
    kena selalu cuci tgan, jaga jarak & pkai face mask ketika diluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa cuci tangan, jaga jarak dan pakai face mask selalu kalau berada di luar , paling penting tu :)

      Delete
  7. yang penting, masa study tu study dan masa main tu main.. makanan pun jaga, jangan asyik makan jajan. air jangan lupa minum cukup!

    ReplyDelete