TINI BUMPS ON FACE ?
Apa itu tiny bumps?
Kredit: google.com |
Tiny bumps tu sebenarnya apa?
Tiny bumps sebenarnya adalah jerawat pasir iaitu liang pori yang tersumbat.
Tiny bumps atau jerawat pasir ini akan membuatkan seseorang itu tidak selesa dan kadang kala akan merasa gatal di kawasan tersebut.
Kawasan tersebut apabila disentuh menggunakan tangan akan terasa kasar dan berbiji-biji halus yang timbul.
Baca Juga : Ini Adalah Perbezaan Face Oil dan Serum
Apa puncanya?
1. Kulit muka tidak bersih
Punca tiny bumps atau jerawat pasir ni disebabkan oleh bila sisa kulit mati tidak dibersihkan.
Bila tidak dibersihkan, akan berlakunya pengumpulan minyak pada pori-pori kulit.
Pori-pori kulit yang berminyak akan mudah dijangkiti oleh bakteria.
2. Makan makanan yang tidak sihat
Selain itu, cara pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini.
Bagaimana? Pemakanan yang tidak sihat seperti jenis pemakanan berlemak dan bergula tinggi akan meningkatkan penghasilan minyak pada kulit.
Bila penghasilan minyak pada kulit semakin bertambah, liang pori nanti akan mudah tersumbat.
Kemudiannya akan menghasilkan tiny bumps atau jerawat pasir ini.
3. Memicit blackhead dan whitehead
Sebenarnya, tabiat memicit blackhead dan whitehead ni juga akan menggalakkan pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini.
Jadi elakkan tabiat memicit blachead dan whitehead.
4. Cuaca panas
Bila kita terdedah dengan cuaca yang panas, kita akan mudah untuk berpeluh.
Peluh yang banyak di muka akan menggalakkan bakteria-bakteria untuk membiak.
Kemudiannya akan terhasillah tiny bumps atau jerawat pasir ini.
Jadi, apa cara penyelesaian untuk hilangkan tiny bumps atau jerawat pasir ini?
Tips hilangkan tiny bumps
1. Elakkan daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak.
Tindakan ini boleh meningkatkan jumlah minyak pada kulit wajah korang yang membawa kepada penyumbatan pada pori wajah.
Untuk kulit berminyak sila elakkan.
2. Tidak skip dan konsisten melakukan exfoliation.
Korang perlu exfoliate kulit 2-3 kali seminggu untuk buang segala jenis sel kulit mati dan kotoran-kotoran di permukaan kulit.
3. Pilih mask atau scrub yang lembut dan sesuai dengan masalah kulit korang.
4. Elakkan daripada membiarkan kulit muka terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan.
Cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan DNA sel kulit kita rosak kerana sinaran UV dari cahaya matahari itu.
Dan ia akan merencatkan struktur kulit kita.
Disebabkan itulah kita perlu pakai sunscreen bila nak keluar.
Pilihlah sunscreen yang sesuai dengan muka korang.
5. Elakkan tabiat memicit blackhead dan whitehead.
Memicit blackhead dan whitehead seperti di hidung is big no!
Begitu juga dengan memicit bintik-bintik pada wajah.
Merisaukan jika ianya menjadi luka, dan bila ia luka, ia akan mudah dijangkiti bakteria.
Jadi korang boleh guna alatan yang sesuai seperti steril atau pun pergi ke dermatologis.
6. Bersihkan solekan
Bila dah habis acara, pastikan korang bersihkan solekan korang sebelum tidur.
Kalau korang tak bersihkan solekan, nanti pori wajah tersumbat.
Ia akan menyebabkan kulit wajah anda mudah berminyak.
Boleh beli kat sini kalau nak beli online: KLIK SINI
Betul, kena exfoliate 2-3 kali seminggu tapi jangan over exfoliate nanti rosak pulak muka hehe. Btw nice sharing! :)
ReplyDeletehai, nak tanya exfoliate tu apa?
DeleteHaii , saya tolong jawab kan ☺️ exfoliate ni proses mengelupas kulit utk menghilangkan sel kulit mati pada kulit. Utk exfoliate ni boleh dibuat dgn pelbagai cara seperti pakai scrub (scrub cleanser atau scrub mask) dan pakai produk yg ada AHA/BHA just letak pada kulit mcm letak toner tu 🥰 sayahsaya jwpn ni dapat membantu menjawab soalan awak 🥰🥰🥰
DeletePembetulan typo: *saya harap jwpn ni dapat membantu menjawab soalan awak*
Delete😁
thank u for sharing...
ReplyDeletethanks for sharing!
ReplyDeleteNice sharing 🤗
ReplyDeletemmg rimas klu dapat jerawat camni...
ReplyDeleterasa nk kutil2 je...
selalu akak memang akan scrub muka seminggu 2 ke 3 kali... dah tua jerawat pun dah kurang dik hheheheh
ReplyDeletePengetahuan baru.
ReplyDeleteNak kena bagitahu anak Mrs. A nih! kena scrub 2 tiga seminggu.
ReplyDeleteKulit dia jenis berminyak
uish mama la tu suka picit whitehead kat idung haha.. geramm
ReplyDeletedulu muka akk byak jerawat..katanya hormon x balance..
ReplyDeleteyeh! thanks sharing :)
ReplyDeletepemakanan kita selalu jadi punca utama kan
ReplyDeletedah meningkat umur ni kurang sikit...masa remaja memg byk jerawat pasir atas dahi nii... anyway.. baru follow sini
ReplyDeletemuka kering mcm saya sesuai exfolite muka pki scrub jenis apa dan selain scrub muka product apa lagi yang sesuai untuk hilng kn tinybumps ni sebb pipi saya penuh tinybumps ni sampai saya nk cuci muka pon rasa kasar-kasar pada bahagian muka
ReplyDeletescrub utk kulit kering ada banyak pilihan ttpi perlu ikut kesesuaian pada kulit wajah sbb ada yang okay ja pakai produk tu, dan ada yang tak okay. Kalau saya, saya suggest Himalaya Herbals Purifying Neem Scrub, ia bagus utk kulit kering. Selain daripada physical exfoliate ni, chemical exfoliate yang ada AHA pun bagus juga seperti ordinary ^^
DeleteNak pakai nixoderm dekat jerawat pasir boleh ke ?.. Dan cara pemakaiannya macam mana ?
ReplyDeleteMesti lah boleh 😊 saya pun pakai untuk jerawat pasir juga. sapu ja dekat jerawat pasir tu. Tak perlu tebal2 dan tak terlalu nipis 👍 pastikan bersihkan muka dahulu sebelum letak Nixoderm. Insyallah berkesan ☺️☺️
DeleteSaya pulak stress tiny bumps taknak hilang ,, macam ii produk saya cuba . Ada satu haritu orang tegur kata teruknya kat dahi tu , tak cuci muka ke apa 😭😭😭 dia taktahu strugle kita haih
ReplyDelete