Thursday, March 18, 2021

CARA MENANGANI STRESS



Zaman sekolah rendah adalah zaman di mana saya merasa lebih banyak masa untuk bermain. Bila dah masuk sekolah menengah, dah kena belajar lebih sikit sebab tahap dah makin sukar dari pembelajaran sekolah darjah 1-6. Dan, bila dah masuk universiti, anda akan lebih sibuk daripada masa di sekolah menengah. 

Masa anda sekolah menengah di tingkatan 1-5, dan masa PraU di tingkatan 6, tak sebanyak masa yang digunakan pada masa menjadi pelajar sepenuh masa di universiti. Kenapa? Bila anda berkesempatan menjadi pelajar sepenuh masa di universiti atau kolej, ada kelas siang, petang, dan malam tau. 

Mana lagi nak dapatkan poin penglibatan aktiviti dan program lagi. Sejujurnya, stress tu kadang-kadang saya sendiri pun tak dapat elak. Saya masih belajar dan tinggal satu semester lagi nak habis, saya ada bisnes sendiri dengan kawan, dan saya juga seorang blogger separuh masa.

Tapi saya dapat juga harunginya. Walaupun saya tahu saya sibuk nak belajar dan siapkan assignment, dan ada bisnes dengan kawan lagi, tapi saya tetap juga nak berblog. Sebab saya suka. Saya tak nak berhenti menulis di blog saya ni walaupun jarang nak buat artikelnya. Saya boleh tangani stress. Saya yakin anda pun boleh.

Di sini saya akan beri beberapa tips mengenai cara menangani stress belajar kepada mana-mana yang bergelar pelajar. 

Cara Menangani Stress 


1. Perkara pertama yang anda kena buat ada membuat perancangan yang baik. Rancang masa anda dengan baik dan tersusun. Dengan itu, anda tidak akan tertinggal mana-mana masa berharga anda dengan tidak berbuat apa-apa. Buat senarai semua perkara penting yang anda nak buat dan cuba untuk bahagikan masa dengan tersusun. Buat jadual atau 'to-do list' pun boleh.

2. Jangan merancang sesuatu yang memakan masa lama sehingga perkara lain anda rasa tak boleh nak sempat buat. Maksud saya di sini ialah, bila anda tahu yang anda tidak cukup 1 jam nak belajar tetapi anda telah merancang sesuatu yang hendak dibuat sebelum belajar yang memakan masa sehingga 5 jam lamanya. 

Lepas tu ada lagi benda lain nak kena buat. Anda kena lah buat perancangan dengan seimbang. Nanti anda sendiri yang stress sebab tak dapat nak buat perkara yang anda mahu buat tu. Cuba untuk seimbangkan rancangan dan jujur dengan kemampuan sendiri. 

3. Sebenarnya, bangun awal pagi sangat bagus untuk buat semua perkara yang anda rancang nak buat pada hari tersebut. Buat kerja pada awal pagi akan rasa segar dan masih sejuk lagi. Bagus tau mandi awal pagi. Buat badan segar nak bekerja. Sebelum nak ke kelas, bangun awal pagi. Jadi sambil tunggu nak gerak ke kelas boleh lah buat perkara lain yang nak kena buat. 

Contohnya, kalau tak nak buang masa kemaskan bilik tidur selepas balik dari kelas sebab banyak assignment nak kena buat, anda buat lah sebelum pergi ke kelas pagi-pagi. Sebab tu lah bagus sebenarnya bangun awal pagi. Banyak benda boleh dibuat dalam sehari tu kalau bangun awal pagi.

4. Jika anda susah nak paham pembelajaran dalam kelas, cuba belajar dengan bantuan kawan-kawan atau rujuk guru/pensyarah anda. Kalau saya tak paham dalam kelas, saya memang segan nak tanya pensyarah saya. Apa yang saya buat, saya belajar dengan kawan-kawan. Lepas tu saya akan belajar sendiri dan cuba untuk mengingati. 

Jangan nak belajar seorang diri bila anda sendiri pun tak paham apa yang anda nak belajar tu. Tanya kawan yang tahu, dan anda boleh rujuk internet. Lepas tu baru lah boleh sambung belajar sendiri. Bukan apa, ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Saya akan mengambil masa yang agak lama untuk belajar sesuatu yang saya sendiri tak paham dan tak tahu, berbanding dengan tanya kawan yang tahu terlebih dahulu dan rujuk internet.

5. Isi masa cuti anda dengan melakukan perkara yang berfaedah dan perkara yang anda perlu lakukan. Pada waktu cuti seperti sabtu dan ahad, anda boleh juga siapkan semua kerja atau assignment anda, jadi tak menggangu banyak masa pada hari persekolahan anda. Anda pun tak lah rasa stress banyak kerja kena buat pada isnin sehingga jumaat tu. Sebab sabtu dan ahad, anda dah siapkan kerja tu. 

 



Apa-apapun nasihat saya, jangan buat sesuatu yang sangat sukar nak dibuat. Jangan paksa diri untuk teruskan buat perkara yang sangat sukar itu. Sangat penting dalam diri untuk anda bertenang dan sabar. Walaupun banyak perkara anda nak buat. Sebab tu perancangan sangat penting. Jangan buat kerja last minit. Cuba usahakan agar buat kerja lebih awal. Jadi anda boleh elakkan stress sebab terlalu banyak kerja kena buat. 
Have a nice day !

13 comments:

  1. Sangat setuju dengan point bangun awal pagi tu. Sebab bila bangun awal, percayalah akan rasa masa tu memang sangat panjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa rasa masa tu sngt panjang kann bila bangun awal 😁

      Delete
  2. Tak lama lagi dah habis belajar.. 1 sem je. Good luck .. Bagus belum habis belajar tapi sudah ada bisnes..

    ReplyDelete
  3. nanti dah keje lagi byk stress dik heheh gud luck ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sy risau juga bila dah kerja nnti mesti lgi stress 🤧 saya setuju tu

      Delete
  4. thank you sharing all these tips .. mmg keperluan ni

    ReplyDelete
  5. Nice sharing! Bangun awal tu pentingggg, sebab nanti rasa ada banyak masa dalam sehari so boleh plan nak buat aktiviti apa :)

    ReplyDelete
  6. Tapi nanti bila dah kerja, dalam masa yang sama dah bekeluarga lagi stress. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa sy setuju tu ^^ nanti mesti lagi stress tu bila dah bekerja pastu ada keluarga lagi kan :)

      Delete
  7. sikiiiittttt saja lagi, tinggal 1 sem, kuatkan semangat. pengurusan masa yang cekap buat kita tak terbeban..

    ReplyDelete