Self-care ni adalah salah satu topik yang sangat popular. Asyik cakap self-care tapi tak tahu apa itu self-care. Self-care, dalam bahasa melayunya ialah penjagaan diri. Atau dengan lebih tepatnya, kita menjaga diri kita dari segi fizikal dan mental. Self-care tidak sesuai untuk dimaksudkan dengan memanjakan diri atau mementingkan diri.
Maksud self-care ini adalah lebih kepada:
- Menjadi sihat dan cergas
- Menyedari apa yang melemahkan diri kita dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal kita
- Memperlakukan diri sendiri dengan baik
- Mampu mengawal emosi diri
Mesti selalu dengarkan, "jaga diri sendiri dahulu baru nak jaga diri orang lain". Maksudnya ialah kita perlu pastikan yang diri kita mencapai kesejahteraan dalam hidup dan cukup untuk membuat kita sihat dari segi fizikal dan mental serta mudah mendapatkan kebahagiaan dalam hidup.
Pastinya, hidup kita akan lebih rasa tenang dan mudah terhindar dari anxiety atau kegelisahan, dan kemurungan. Selain itu, self-care juga terbukti dapat mengatasi masalah stress. Jadi semua orang kena ada self-care ni.
Kena tahu macam mana nak self-care. Tak susah pun. Susahkah nak sayang diri sendiri? Mesti lah tak kan. Bila kita sayang diri kita sendiri, kita dapat menghargai semua yang kita buat atau kita usahakan.
Kita boleh bezakan apa yang tak bagus atau memudaratkan untuk diri dan mana yang sangat bagus atau tak memudaratkan untuk diri kita.
Kenapa self-care sangat penting?
Adakah anda merasa bersalah kerana mendahulukan diri atau menjaga diri anda sebelum orang lain seperti keluarga anda misalnya?
Saya ada jawapan yang tepat untuk persoalan di atas.
"Jika anda tidak menjaga diri sendiri, bagaimana anda akan menjaga orang lain." Secara logiknya ia memang masuk akal! Cuba untuk puaskan hati diri anda dahulu sebelum puaskan hati orang lain.
Jika anda pentingkan nak puaskan hati orang lain dahulu, anda mungkin tak dapat keluarkan kemampuan anda kerana terlalu berjaga-jaga sebab nak orang lain puas dahulu, padahal anda mempunyai kemampuan yang luar biasa yang mungkin boleh membuat orang lain kagum dengan anda.
Anda tidak akan tahu kalau tidak cuba. Oleh sebab itu pentingnya self-care atau menjaga diri untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental. Sayangi diri kita dahulu. Saya pasti kita akan mudah mencapai sesuatu yang kita impikan.
Walaubagaimanapun, satu hal yang sangat penting untuk anda tahu ialah, self-care bukan
- Pentingkan diri sendiri
- Memanjakan diri, kerana sifat memanjakan diri boleh membawa kepada sikap malas, boros dan sebagainya
- Tidak peduli akan keperluan atau pertolongan dari orang lain
Penjagaan diri tidak semestinya mengambil masa yang lama. Sebenarnya banyak aktiviti penjagaan diri yang cuma mengambil masa hanya beberapa minit.
Tidak rumitpun. Sememangnya terdapat banyak aktiviti mudah yang boleh anda lakukan.
Have a nice day everyone 😊
Thanks for the reminder ayuju..self-care mentally & physically memang penting kan, stay safe!
ReplyDeleteSama-sama 🥰 stay safe too !
Deleteyezza! sllu jaga org smpai lupa jaga diri tak boleh juga..sayangi diri dlu bru boleh syg org lain
ReplyDeleteyup betul tu 😘
Delete