Air sangat penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Manusia perlukan air yang secukupnya dalam tubuh badan.
Sangat penting untuk kita perbanyakkan minum air secukupnya. Minum air dapat membantu kita menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan masalah berkaitan kesihatan yang tidak diingini berlaku pada diri kita.
Bukan itu sahaja, minum air dapat membantu membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan kita.
Dari pemerhatian saya, ramai orang cenderung menjaga diet mereka dan melakukan senaman setiap hari untuk menjaga kesihatan. Ini sangat digalakkan untuk amalan hidup sihat.
Untuk pengetahuan anda semua, minum air kosong selepas bangun tidur terutamanya pada waktu pagi, ia dapat memberikan manfaat kesihatan yang sangat bagus.
Teruskan membaca kebaikan minum air selepas bangun tidur di bawah.
1. Dapat Menghidrat Badan
Seperti yang kita ketahui, kebiasaannya manusia tidur selama 6 hingga 10 jam. Semasa kita tidur, kita tak minum air dan tak makan apa-apa.
Tetapi, tubuh badan kita tetap berfungsi dengan nutrien dan air yang ada dalam badan kita.
Walaubagaimanapun, bila kita bangun pada waktu pagi, kita akan rasa haus. Itu bermaksud badan kita sudah mengalami dehidrasi, di mana air dalam badan kita sudah berkurang.
Penghidratan yang betul membantu dalam kecergasan tubuh badan. Ini kerana, semua organ yang penting dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.
Jadi apa yang kita boleh buat ialah sebaik sahaja bangun tidur, minum air kosong segelas untuk menghidratkan kembali badan kita.
2. Sistem Dalam Badan Dapat Berfungsi Dengan Baik
Air dalam badan akan berkurang setelah kita tidur. Jadi minumlah air pada waktu pagi untuk menyegarkan keseluruhan sistem dalam badan.
Kesannya sistem dalam badan akan boleh berfungsi dengan optimum dan mampu menyalurkan cukup oksigen.
Dan yang paling penting, ia dapat membantu peredaran darah dalam badan kita dengan lancar.
3. Membuang Toksin Dalam Badan
Toksin yang masuk ke dalam badan kita terhasil dari tubuh badan kita sendiri, makanan tertentu, pencemaran udara, air, dan gaya hidup seperti merokok.
Pentingnya untuk kita minum air ketika perut kosong kerana air itu akan terus sampai ke aliran darah dan diserap oleh organ penting kita. Ia membantu menyahtoksinkan dan membersihkan toksin dalam tubuh badan kita.
Tidak ada peraturan masa bila kita patut minum air. Boleh ja minum air bila-bila masa sahaja.
Tetapi sebaiknya amalkan minum air kosong pada waktu pagi kerana ia akan meningkatkan proses menyahtoksin dalam tubuh badan kita secara langsung.
Minumlah air pada setiap hari untuk menghilangkan toksin dari hari ke hari dan untuk membantu mengekalkan kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. Selain itu, membantu mengelakkan masalah berkaitan kesihatan.
4. Meningkatkan Metabolisme Badan
Air penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Apabila kita minum air ketika perut kosong, ia dapat meransang metabolisme dalam badan kita.
Dengan cara itu, ia dapat membantu mempercepatkan proses pembuangan lemak. Jadi minumlah air setiap hari agar anda dapat memastikan lemak dan berat badan anda terkawal secara konsisten.
5. Meningkatkan Bekalan Oksigen Ke Otak
Info penting, otak manusia memerlukan oksigen. Bagaimana? Bila kita minum air, air tu membantu darah dalam badan menghantar oksigen dan nutrien ke seluruh badan kita.
Lagipun, air ialah H2O. Maksudnya ada molekul oksigen dalam air. Oksigen boleh berkurang ya. Macam mana nak tahu oksigen berkurang? Bila kita rasa mengantuk, itu tandanya kita kekurangan oksigen.
Jadi, minum air secukupnya. Selepas bangun tidur, sebaiknya minum air kosong kerana ia sangat membantu meningkatkan tahap oksigen dalam aliran darah kita.
6. Menguatkan Sistem Imunisasi
Dengan menjaga metabolisme, penyahtoksin, dan bekalan oksigen yang terkawal, keadaan tubuh badan kita akan lebih baik.
Minum air selepas bangun tidur membantu membina imunisasi yang lebih baik dengan menghasilkan sel darah yang diperlukan secara berkala.
Jadi, apabila sistem imun badan kita berfungsi dengan baik, badan kita menjadi lebih tahan terhadap penyakit.
Kesimpulannya,
Setiap orang harus memahami pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan. Air adalah elemen utama yang membantu sistem dalam badan. Walaupun makan dengan kenyang, anda tidak boleh mengharapkan badan anda mencernanya dengan betul jika anda tidak minum air.
Have a nice day everyone 🥰
Selalunya memang amalkan waktu pagi
ReplyDeletememang akan capai air dulu bangun tidur... hausnya macam pergi jogging hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDelete