Monday, July 26, 2021

Terpaksa Tolak Tawaran Latihan Industri di Perkeso

Sedihnya sebab terpaksa tolak tawaran nak berpraktikum di Perkeso. Sepatutnya hari ni dah jadi first day intern saya. Tapi tak ada rezeki. Mungkin ada hikmahnya. Saya dan kawan-kawan lain yang dapat tawaran dari Perkeso, dah tolak tawaran Perkeso. Last minutes punya penolakan tawaran.

Kenapa kami terpaksa tolak tawaran Perkeso terus? Sebab Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada bulan Julai dan Ogos. Terkilan juga lah. 2 bulan dah rasa macam confirm akan lapor diri di Perkeso, tapi tiba-tiba ja tak boleh nak lapor diri. 

Persiapan pun dah buat. Saya dah beli baju kurung baru, untuk pakai pada hari intern. Memang bahagia sangat dah nak intern di Perkeso. Tapi kena terima juga hakikat yang kerajaan dah umumkan Pelan Pemulihan Negara pada 5 Julai 2021 untuk sektor perkhidmatan perlu (essential services) cuma ditetapkan dengan kehadiran ke pejabat 20% sahaja seperti yang dimaklumkan oleh pihak Perkeso.

Tapi saya dan kawan-kawan memang ada rasa kecewa sedikit lah. Sebab dapat emel yang Perkeso tak terima pelajar praktikum lapor diri pada last minutes. Bayangkan, 4 hari yang lalu saya dapat emel tu dari perkeso, macam mana lagi nak dapat tempat yang baru sebelum bulan Ogos kan. 

Saya tak nak salahkan Perkeso, sebab saya percaya pihak mereka mungkin sedang menghadapi kesukaran dengan keadaaan sekarang ni. Lagipun membuat keputusan begitu adalah hak mereka. Jadi saya anggap memang saya sendiri yang tak ada rezeki nak dapat intern di Perkeso. 

Ada dua kali Perkeso emel kami. Emel pertama pada 7hb Julai. Perkeso beri kami pilihan sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran dan kalau nak tangguh atau tukar tarikh lapor diri, kena berurusan dengan universiti. Pada mulanya macam susah fakulti kami nak bagi kelulusan penukaran tarikh, tapi last-last bagi kelulusan juga. Jadi kami akan lapor diri pada 2hb Ogos.

Dan emel kedua, iaitu emel yang baru-baru ni kami dapat. Saya sendiri yang follow up emel balasan saya yang sebelum ni untuk penukaran tarikh pergi 2hb Ogos. Tiba-tiba dapat balasan yang Perkeso tak terima pelajar praktikum juga bulan Ogos ni. Dan diberi pilihan yang sama juga sama ada nak tangguh/tukar/tolak tawaran tu. Sedih juga lah.


     

Lecturer pun kata, fakulti memang tak dapat bagi kelulusan nak tangguh lagi. Sebab fakulti kena ikut timeline. Nanti bila tangguh lagi, kami pelajar yang kesian sebab lambat habis. Kami merayu juga nak minta peluang bagi masa untuk cari tempat baru. 

Kami diberi masa seminggu bermula khamis minggu lalu, sehingga hari rabu pada minggu ni. Lecturer pun ada cakap, tidak apa kalau tak dapat intern, boleh buat thesis juga. Semua ni pasti ada hikmah. Ya, semuanya pasti ada hikmah. Saya pun okay ja kalau buat thesis. Mana tahu Dia nak bagi rezeki yang lebih baik selepas ni 😍

Okay, saya nak cari tajuk thesis. Memang sibuk lagi lah ni. It's okay Ayu. Ni tidak lama pun 💪 

Have a nice day everyone 😄

~~~~~

Update! (02/08/2021)
Rupanya PERKESO panggil balik pelajar yang dapat tawaran internship di PERKESO tu. Dah tukar dah peratus kehadiran mereka. Dah jadi 60% dah hm. Kawan-kawan saya pun ramai yang tak terima nak internship di sana sebab dah dapat tempat baru. Saya sendiri pun dah dapat tempat baru juga huhuhu. Tak sampai hati nak tolak tempat baru tu. Jadi kepada sesiapa yang nak apply internship atau praktikal di PERKESO, anda berpeluang besar 😍 Sebab kehadiran 60% dah, jadi boleh hadir ke office. All the best ! 😊

15 comments:

  1. Good luck! Susah juga bila semua last minute macam - tapi semoga dipermudah, ada hikmah tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ☺️ ya pasti ada hikmah nya <3

      Delete
  2. means perkeso masih ada untuk permohonan intern?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..sy masuk intern 2/8 di perkeso..memulaa pun kalut sbb tolk last minit..xde tmpat melainkn buat research bersama university.seramai 30 org kos sy dpt perkeso..ade stgah dh apply tmpat baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah <3 saya tak ada rezeki nak intern di perkeso :( Mesti best tu kannn <3 wahhh best nya tu intern di sana . all the best to you :))

      Delete
  4. Hai nak tanya. Awk mmg direct email atau boleh refer dekat web dia dulu details tentang internship di perkeso?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai juga, saya direct email terus. sebab perkeso memang akan ada pengambilan internship. Kalau tempat yang kita nak apply intern tu penuh, mereka akan bagitau juga tu dari emel.

      Delete
  5. Hi u intern course apa ya. Perkeso ambik student of what course?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, saya course financial management and banking. saya tak tahu perkeso tu khususkan course utk student intern. kalau awak bukan course finance atau yang berkaitan, awak boleh try juga apply. tak ada masalah :))

      Delete
  6. hi nak tnya, kalau dah dapat surat jawapan dari pihak perkeso kata diterima masuk intern, kita boleh tolak lagi tak tawaran tu? andai kata at the same time, kita dah terima tawaran lain. tapi sebab tunggu perkeso punya follow up 2nd and 3rd email tu lambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kena bagitahu yg awak tolak tawaran dekat perkeso tu. Sebab, kita kan student dan kena jaga nama baik university. If awak tnya lecturer awak perkara ni pun , dia mesti akan suruh awak bagitahu juga tempat tu yg awak tolak tawaran intern d sana utk jaga nama baik university 😊 awak emel ja bagitahu yg awak dah dapat tempat intern lain mcm tu 😁 bagi la terima kasih juga dekat dorang 😁

      Delete
  7. Hi , allowance perkeso RM45/days valid for all branch ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya rasa ya , sebab kawan saya yang dapat perkeso di branch lain pun sama ja jumlahnya yang ditawarkan

      Delete
  8. Dah dapat tawaran intern di perkeso, tapi cawangan yg sy nak tu tak provide elaun. Terpaksa tolak :(

    ReplyDelete