Saturday, September 4, 2021

Tips Nak Isi Buku Log Bila Terpaksa Menjalani Praktikal Dari Rumah (PDR)

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya harap semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat. Okay, hari ini saya nak kongsikan tips yang berguna buat pelajar-pelajar yang sedang menjalani internship atau praktikal, dan perlu menjalani Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Praktikal Dari Rumah (PDR). Tips ni saya ada buat juga hahaha.

Mesti sukar kan nak fikir apa nak diisi laporan dalam logbook bila dah bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. Lebih-lebih lagi yang kena buat laporan harian seperti saya. Pening nak kelentong apa dalam laporan. Apa?! Kelentong ?! Hahahaha. 

Tipu lah kalau saya sendiri pun tak terfikir nak kelentong buku log saya. Tapi saya rasa tak sesuai nak panggil "kelentong". Bunyinya macam jahat betul pula.

Buat apa nak kelentong. Kita kena pandai lah nak isi laporan dalam buku log tu ikut mana yang sesuai. Penyusunan ayat dan huraian kerja tu kena pandai buatlah. 

Saya sendiri, dah ada dua minggu terkumpul di mana saya menjalani praktikal dari rumah sahaja. Dekat office saya, pelatih yang tak perlu datang office pada hari tertentu tu dipanggil praktikal dari rumah. 

Dengan kehadiran 60% sahaja bagi kehadiran ke pejabat, jadi kami yang pelatih ni kena bergilir lah datang office. Tapi saya dah dua kali, seminggu terus menjalani praktikal dari rumah. Jadi dua minggu lah tu. 

Memang pening betullah saya nak isi apa dalam logbook sebab cuma sehari dua ja yang ada tugas boleh dibuat semasa praktikal dari rumah dan selebihnya tak ada buat apa-apa. Langsung tak ada tugas diberi. 

Dah lah saya kena buat laporan harian. Dan minggu ini saya praktikal dari rumah seminggu terus. Lima hari tak ada tugas nak dibuat hahaha.

Sebelum tu saya nak bagitahu awal-awal, kalau boleh tanya ya supervisor korang atau staf yang korang kenal dan biasa, kot ada tugas yang boleh dibuat. Kalau ada, sangat bagus tu. 

Tapi kalau tak ada, jangan risau. Jangan pening. Saya dah nak kongsikan dah ni tips macam mana nak isi logbook bila terpaksa menjalani bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. Lebih-lebih lagi bila tak ada tugas langsung nak dibuat semasa di rumah tu.



Tips Isi Buku Log Semasa Saya Menjalani Praktikal Dari Rumah

Okay macam ni cara saya. Actually, saya dapat tips ni pun dari kawan juga hahaha. Nak tahu tak apa saya buat? Okay teruskan membaca.

1. Bahagikan tugas-tugas yang dibuat dalam sehari tu untuk beberapa hari punya laporan

Semasa saya datang office, saya ada beberapa tugas berbeza yang saya buat dalam sehari tu. Bila ada pegawai yang nak minta tolong lakukan sesuatu, saya pun tolong. Kadang-kadang saya offerkan diri juga lah nak tolong buat.

Memandangkan tugas-tugas yang saya buat dalam sehari tu berbeza, jadi saya cuba untuk bahagikan tugas-tugas tu dalam laporan harian saya. 


CONTOH

Semasa bekerja di pejabat: Saya buat tugas 1. Tiba-tiba ada kakak (pegawai) nak minta tolong, jadi saya tolonglah kakak tu buat tugas 2. Memandangkan tugas 1 saya boleh disambung pada bila-bila masa, jadi saya offer diri nak tolong pelatih lain buat tugas 3 yang sedang mereka buat tu. Jadi kesimpulannya, dalam sehari saya ada buat 3 tugasan.

Jadi apa yang saya buat bila ada 3 tugasan dalam masa sehari di pejabat tu. Ini yang saya buat. Teruskan membaca.

Laporan Harian 
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 1
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 2
Isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat: Tugas 3

Saya percaya ramai juga yang tahu buat macam ni. Especially yang sekarang tengah ambil ijazah selepas ambil diploma sebab sebelum ni mereka pernah juga menjalani internship/praktikal. 

Tapi macam saya, yang tak pernah pun internship/praktikal, jadi memang gugup dan tak tahulah benda ni hahaha. Yang ni pun saya dapat tips dari kawan saya yang pernah internship/praktikal semasa mereka ambil diploma dulu.

2. Rajin bertanya lah, tak payah nak malu-malu pula

Tips yang paling penting yang kawan saya ada bagitahu saya ialah kena rajin bertanya dengan penyelia atau pekerja-pekerja di tempat intern/praktikal. 

Kalau boleh, bergaul rapat dengan mereka dan minta nombor telefon mereka. Minta nombor telefon untuk bertanyakan tugas-tugas yang boleh dibuat semasa praktikal di rumah. 

Saya pun semasa first day lapor diri di tempat intern tu pun malu sangat nak buka mulut bertanya dekat pekerja-pekerja di tempat saya intern tu kot ada apa-apa yang boleh saya buat atau tolong huhuhu.

Jadi sebagai peringatan buat diri dan untuk anda semua, bergaul lah dengan pekerja-pekerja tu. Jangan malu nak bertanya. Memang kena rajin bertanya.

3. Extra Tugasan

Lepas tu, saya nak bagi contoh lah apa yang boleh korang isi dalam sehari dua bila bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah. 

Di bawah ni ialah contoh yang saya ada letak dalam dua hari di mana laporan saya masih kosong tak terisi sebab praktikal dari rumah. 

Korang boleh letak dalam laporan semasa menjalani bekerja dari rumah atau praktikal dari rumah jika tak ada apa-apa tugasan untuk dibuat.

  1. ...mempelajari/mencari maklumat mengenai latar belakang organisasi (nama tempat intern/praktikal)...
  2. ...mempelajari/mencari maklumat mengenai fungsi utama bagi setiap sektor/unit di (nama tempat intern/praktikal)...
Ada titik-titik tu pandai-pandai lah huraikan ayat atau tambah huraian yang berkaitan dengan point nombor 1 dan 2 tu ya hahahaha. 

Kalau ada tambahan tips lagi, nanti saya update hehehe.

Have a nice day everyone 😊


4 comments:

  1. pening jgk ye praktikal tp kena WFH..
    bertabah la..

    ReplyDelete
  2. ada lebih ada kurang nya bila di rumah. apa2 pun selamat berPDR dear (",)

    ReplyDelete