Thursday, June 30, 2022

BERMALAM DI HAS HOTEL KINGFISHER, KOTA KINABALU


Saya nak buat review untuk Has Hotel di Kingfisher, Kota Kinabalu hehehe. Sebab sebelum saya decide nak sewa tempat ni, saya cari dekat google langsung tak ada review untuk Has Hotel ni. Mungkin ada, tapi saya terlepas pandang kot. 

Dekat Facebook pun saya ada cari juga, tapi tidak banyak maklumat yang saya dapat. Jadi ini honest review dari saya mengenai Has Hotel di Kingfisher, Kota Kinabalu. Tak dibayar pun okay, cuma nak bagi maklumat buat sesiapa yang mencari maklumat mengenai Has Hotel ni.


NAMA TEMPAT : HAS HOTEL 

ALAMAT : Lorong Kingfisher 15, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

MAP : https://maps.app.goo.gl/VJgpC2Ubr5ZV9SFQ6

Saya sewa dari sini : (Tekan sini)


Sebenarnya saya nak cari homestay untuk saya dan keluarga saya bermalam untuk satu malam. Kami ada 9 orang. Pada 27 Jun 2022 tu saya konvo di UMS. Dan waktu sidang saya adalah pagi. Jadi nak cari homestay yang berdekatan dengan UMS lah. 

Memang ada hotel berdekatan dengan UMS sana, macam di 1Borneo tu. Tapi saya nak cari homestay ja. Yang tak perlu nak naik lif bagai. Cari punya cari, jumpa juga dekat Facebook ada orang sewa homestay berdekatan dengan UMS iaitu di Kingfisher.

Jarak Ke UMS mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Kalau jammed sangat, mungkin boleh sampai 20 minit juga lah. Tapi time tu saya ke UMS tak sampai pun 15 minit. Awal pagi pula tu. Time ramai orang nak pergi ke kerja. 

Ada 3 bilik. Bilik 1 ada satu tilam queen. Bilik 2 ada tiga tilam single. Bilik 3 ada satu tilam queen dan  satu tilam single. Ketiga-tiga bilik ada bathroom. Jadi memang baguslah tak perlu nak tunggu turn pakai bathroom lama-lama. Dan of course ada aircond. 

Ada Wifi juga. Time nak urus check in dekat kaunter tu nanti, staf dia akan bagi password wifi. 

Bila kami masuk, memang kemas dan bersih yaa. Memang berbaloi sangat bawa keluarga bermalam di sana. Staf dia yang di kaunter tu pun peramah. 

Yang tak tahu tempat dia dekat mana memang kena pakai google map lah cari atau waze. Tak sesak pun dekat sana. Parking pun senang dapat. Ada gerak makan juga berdekatan dengan tempat tu. Nak masak sendiri dalam tu pun boleh, tapi cuma dibenarkan masak masakan yang ringan ja katanya.

Overall, saya bagi 5/5. Yang nak cari homestay berdekatan dengan UMS, boleh pilih di Has Hotel ni. 


Thanks for reading. Have a nice day ~



No comments:

Post a Comment