Cara Buat Resume Kerja
Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak buat resume kerja. Penting untuk anda tahu bagaimana cara buat resume kerja ni.
Bagi yang pertama kali ingin memohon kerja memang akan mengalami kesukaran membuat Resume kerana tak tahu cara nak buat resume. Atau mungkin tidak tahu format apa yang betul, apa yang perlu diisi, dan buat di mana.
Cara buat resume kerja sangat mudah sebenarnya. Tidak ada trik atau rahsia cara bagaimana untuk menghasilkan resume yang terbaik. Di sini, saya akan kongsikan cara buat Resume kerja untuk menjadi panduan anda selepas ini.
CARA BUAT RESUME KERJA
1. Anda perlukan laptop/komputer
Kenapa perlukan laptop atau komputer? Sebab cara nak buat Resume mesti menggunakan laptop/komputer.
Memang benar boleh buat Resume dalam telefon, tapi ia agak leceh kerana skrin yang kecil. Kalau pakai laptop atau komputer lebih mudah buat Resume kerana skrin lebih besar.
Bagaimana pula dengan tablet atau ipad? Pun sama juga agak leceh sedikit kerana skrin yang tak besar.
Tapi tablet/ipad ni lebih okay berbanding menggunakan telefon untuk membuat Resume.
2. Menggunakan Microsoft Word (kerana ia lebih mudah)
Saya perasan bila menggunakan Microsoft Word dalam telefon untuk kerja-kerja menaip, agak rumit sedikit. Sebab skrinnya yang kecil, dan banyak tools dia tak ada.
Anda perasan tak? Begitu juga dengan tablet. Ada beberapa tools yang tak ada dalam Microsoft Word tu.
Tapi kalau dalam laptop dan komputer, semua tools nya ada. Jadi senang kerja kita.
Untuk menghasilkan Resume yang ATS-Friendly, Microsoft Word boleh hasilkannya.
Ramai pakar bersetuju mengenainya. Bagaimana nak tahu Resume yang kita hasilkan tu format ATS-Friendly?
Okay, macam ni. Save Resume anda dalam PDF. Kemudian cuba convert fail Resume yang dah dijadikan PDF tu ke Word semula.
Jika tiada berlaku apa-apa perubahan pada tulisan dalam Resume anda itu dan tersusun seperti yang sepatutnya, maka ia adalah format yang betul untuk Resume ATS-Friendly.
3. Pilih, nak buat Resume jenis infografik (berwarna) atau yang biasa (hitam putih)
Tak tahu nak pilih? Okay saya tolong anda buat pilihan. Yang pertama, Resume jenis infografik.
Resume jenis ni kebanyakan ramai orang guna. Sebab ada pelbagai design dan warna yang boleh dipilih.
Manakala, Resume yang biasa lebih profesional yang tidak memerlukan apa-apa warna selain hitam dan putih dan design yang ada shape atau sebagainya.
Resume biasa ni pun ramai juga yang guna. Resumi biasa inilah yang dipanggil Resume ATS-Friendly.
Jika kerja yang anda mohon itu memerlukan anda memuatnaik fail Resume ke dalam website syarikat tersebut, maka anda kena buat Resume biasa yang lebih profesional tu.
Kerana, berkemungkinan besar Resume akan diperiksa oleh sistem atau teknologi yang dipanggil Applicant Tracking System (ATS).
Sistem ini akan mengimbas kata kunci yang diperlukan dalam setiap Resume pemohon. Cuma Resume jenis ini sahaja yang paling mudah dibaca oleh sistem ini.
Seterusnya, jika kerja yang anda mohon itu cuma memerlukan anda untuk menghantar secara walk-in ke syarikat atau melalui emel, anda boleh menggunakan Resume infografik ini.
Tak ada masalah. Dan jika anda lebih suka menggunakan Resume yang ATS Friendly itu pun boleh ja pakai untuk hantar secara walk-in dan melalui emel.
Jadi tak perlu keliru lagi lepas ni. Selagi tak ada keluar kenyataan apa-apa dari syarikat tu yang mengatakan, HR tak terima Resume jenis infografik, haaa boleh je pakai Resume jenis infografik.
Tapi kalau anda masih was-was sebab yalah ramai yang berpendapat Resume infografik tak bagus, anda boleh pakai Resume yang ATS Friendly tu.
Kalau saya, saya sediakan dua-dua jenis sekali.
4. Isi Kandungan dalam Resume
a) Nama, nombor telefon, dan alamat
b) Objektif Kerjaya
c) Pendidikan. Ambil tiga pendidikan anda yang latest. Kalau anda lepasan SPM, tak perlu letak maklumat UPSR. Cukup PMR dan SPM sahaja.
d) Pengalaman Kerja. Tambah huraian pada kerja anda dengan menjelaskan kerja yang anda lakukan. Buat dalam point-point lebih kemas.
e) Kemahiran Bahasa. Jika anda menggunakan Resume Infografik, anda boleh letak skala grafik atau peratus. Jika anda menggunakan Resume Profesional, anda boleh letak skala seperti Mahir, Sederhana, Asas.
f) Kemahiran teknikal. Kalau anda mahir menggunakan komputer, boleh letak kemahiran komputer/perisian seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint. Kalau anda berkemahiran seperti kimpalan, anda boleh letak welding, SMAW, GTAW, dll.
g) Anugerah atau Pencapaian di sekolah/universiti atau di tempat kerja.
h) Aktiviti Ko-kurikulum. Jika pernah jadi Pengerusi program atau Setiausaha sesuatu majlis, boleh letak.
i) Rujukan. Jangan letak keluarga atau kawan sebagai rujukan. Yang dibolehkan ialah seperti pensyarah dan majikan.
5. Letak Gambar anda.
Elakkan meletakkan gambar selfie anda atau gambar dengan posisi badan anda tidak lurus. Untuk warna background gambar, anda boleh guna warna putih atau biru.
No comments:
Post a Comment