Thursday, December 1, 2022

Hotel Review - The LUMA Hotel, Kota Kinabalu



Review ~


Hotel Review - The LUMA Hotel, Kota Kinabalu

Rasa nak jalan-jalan pula kan kat bandar KK. Jadi, kali ni The Luma Hotel menjadi pilihan kami untuk menginap selama 1 malam. Hotel ni hotel baru kat KK, baru tahun ni buka. 

Dalam website mereka kata, mereka baru buka 30 Januari 2022. Jadi betullah, hotel baru. Baru buka tahun ni ehehe. Saya ja yang lambat nak review sebab baru ada kesempatan nak update blog.

Macam biasa, saya akan buat booking kat Agoda. So far, saya cuma guna Agoda ja kalau nak buat booking hotel. Sebab Agoda ni paling senang nak guna. 

Harga bilik The LUMA Hotel tak mahal sangat pun. Ada ja bilik dia yang bawah RM300. Macam bilik yang saya ambil ni, cuma RM289. Dan dapat 5% OFF Coupon dari Agoda, jadi bayar RM275 ja termasuk taxes dan fees.

Bilik yang saya ambil ialah 1 X Fern Cosy Bedroom King  (City View | 23 m^2 | 248 ft^2 | 1 double bed), dapat free WiFi dan breakfast. Ni bilik paling murah lah saya ambil. Jadi dia tak berapa besar.

Saya pergi dengan adik saya hahaha. Jadi memang ngam sangatlah dapat katil masing-masing. 



JARAK KE SHOPPING MALL & DLL
Kalau nak ke Imago mall pun dekat. Btw, sebelah hotel The LUMA ni ialah Kopi Ping Cafe. Nak makan kat sana pun boleh. Sebelah ja. Dekat. Pastu, Awan Restobar pun dekat juga hahaha. 

Aiyok, menginaplah korang kat The LUMA hotel hahaha. Banyak tempat best-best yang berdekatan dengan The LUMA Hotel ni. 

MASA CHECK IN & CHECK OUT
Kami sampai jam 2 petang. Saya urus check in, ambil kad, dan kena suruh tunggu sekejap. Masa check in sepatutnya jam 3 petang. Tapi mereka bagi saya masuk bilik jam 2.40 p.m. 

Masa check out pula macam biasalah jam 12 tengahari. Saya tambah masa lagi nak check out. Check out sampai jam 6 petang. Saya diberitahu untuk tambah RM135, eh jap saya tak ingat. RM131 atau RM135 atau hmm tak ingat. 

Mereka kata boleh ja bayar selepas nak check out, tapi saya nak bayar terus time check in awal-awal tu. Jadi saya tambah duit ja sikit. Dapatlah check out jam 6 petang. Pekerja-pekerja kat sana sangat bagus yaa dan mesra.

BREAKFAST
Breakfast kat sini adalah American Breakfast punya set. Jadi, seperti yang korang tengok kat gambar di bawah ni, ni lah menu breakfast saya dan adik saya hehehe. Memangg sedappp !


Btw, kat Agoda sekarang Hotel ni ada bilik yang murah. Korang KLIK SINI. Hotel ni memang cantik, seriously. Kat lobby dia je pun dah cantik, apalagi bilik dia. 


No comments:

Post a Comment