Sunday, January 15, 2023

5 Kelebihan dan Kekurangan Beli Rumah Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan dan Kekurangan Beli Rumah Yang Perlu Anda Tahu

5 Kelebihan dan Kekurangan Beli Rumah

Anda kena tahu yang anda akan dapat banyak kelebihan bila membeli rumah. Namun tidak boleh diabaikan juga mengenai kekurangannya bila membeli rumah. Dengan mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan membeli rumah ini, dapatlah anda merancang dengan sebaiknya mengikut keperluan anda membeli rumah impian.


5 Kelebihan Beli Rumah

1. Menjadi penghuni pertama
Semestinya bila dah jadi orang pertama yang menghuni rumah, mestilah tak akan mengalami sebarang kerosakan pada rumah yang biasa ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya. Tapi tak ada penghuni lama pun, anda lah penghuni pertamanya. Jadi, kondisi rumah yang anda akan duduki mestilah dalam keadaan yang tiptop dan bagus.

2. Boleh ubahsuai lagi reka bentuk dan pemasangan dalam rumah
Yang ni paling best bila beli rumah baru. Anda boleh nyatakan hasrat nak reka bentuk dan pemasangan dalam rumah ikut citarasa anda sendiri pada pihak pemaju.

Siapa PEMAJU??
Ayat mudah nak senang paham siapa pemaju ni, pemaju ni ialah orang atau syarikat yang membina rumah tu dan nak jual pada orang ramai termasuklah anda sendiri. Anda beli rumah baru daripada pemaju dan pemaju ni yang jual rumah baru pada anda. Haaaa, macam tu lah maksud dia. Harap korang paham lah ehehehe.

3. Dapat barangan dalam rumah yang baru
Rumah baru, barangan dalam rumah pun baru. Dapat lagi kemudahan moden, lagi best. 

4. Dapat kawalan dan privasi lebih banyak berbanding memiliki rumah sewa
Bila anda membeli rumah baru, anda dapat mengawal sepenuhnya rumah anda. Anda tidak perlu meminta izin tuan rumah jika ingin membuat pengubahsuai rumah kerana anda sendiri ialah tuan rumah.

5. Tempoh defect liability period 12-24 bulan
Jika berlaku apa-apa kerosakan atau perlu pembaikan segera pada rumah baru anda, anda boleh mengadu kepada pemaju dan memintanya membaiki atau membayar ganti rugi. 


5 Kekurangan Beli Rumah

1. Kos pendahuluan tinggi
Yang perlu anda tahu ialah kos membeli rumah baru lebih mahal daripada biasa.

2. Lama nak dapatkan kunci rumah
Biasanya, kalau nak dapatkan kunci rumah daripada pemaju, akan ambil masa 24-36 bulan. Tempoh itu lah perlu ditunggu untuk rumah siap sepenuhnya.

3. Sukar buat perbandingan harga
Bila anda hendak membeli rumah baru, akan sukar untuk membuat perbandingan harga dan nilai rumah sebenarnya. Boleh jadi rumah baru yang anda hendak beli itu lebih tinggi harganya berbanding dengan harga pasaran.

4. Dapat pemaju yang teruk
Maksud saya di sini, ada beberapa pihak pemaju yang membiarkan projek mereka terbengkalai. Lagi-lagi kalau anda seorang yang malas melakukan survey. Perkara boleh dielak kalau anda membuat survey sebelum membuat keputusan membeli rumah dengan pemaju tersebut.

5. Kualiti buruk
Adakalanya rumah baru ni kualitinya buruk bila siap dan tidak menepati citarasa anda. Lebih teruk lagi bila rumah tersebut tak sama macam rumah contoh yang dilihatkan.


Kat sini saya nak kongsikan bagaimana nak membuat pengiraan mortgage rumah (mortgage = gadai janji). Paling mudah sekarang ni nak kira mortgage rumah dengan menggunakan kalkulator gadai janji.



Kenapa perlu buat pengiraan mortgage (gadai janji) rumah?

Sebab untuk bantu anda menentukan sendiri berapa kos gadai janji bulanan anda berdasarkan faktor-faktor seperti harga rumah, kadar faedah, jumlah dan dan tempoh pinjaman dan juga butiran lain.

Kalau anda tak pasti sama ada buat pinjaman 15 tahun atau 30 tahun yang lebih baik, kalkulator gadai janji ni boleh bantu anda membuat keputusan dengan mudah.



















No comments:

Post a Comment