Soalan: Kalau nak apply internship / praktikal kat Perkeso ada interview juga kah?
Jawapan:
Ramai yang bertanya kepada saya, jika nak mohon internship atau praktikal di Perkeso, akan ada tapisan lagi kah? Ada interview juga kah?
Saya intern pada tahun 2021. Time tuh memang tak ada interview bagai. Jadi mungkin sama juga untuk tahun ini, 2023.
Yang pasti, lagi awal korang hantar permohonan, sangat besar peluang korang untuk dapat menjalankan intership/praktikal di Perkeso pilihan korang.
Sebaiknya apply lah 2-3 bulan sebelum nak intern atau praktikal. Kalau lambat hantar permohonan, nanti full pula kekosongannya.
Kebaikan lain kalau korang apply awal-awal, korang akan dapat elaun. Ada yang dapat intern/praktikal kat Perkeso tapi tak dapat elaun tau.
Kenapa jadi macam tu? Ini kerana, Perkeso ada quota untuk terima berapa ramai pelajar yang boleh menjalankan internship/praktikal di tempat mereka serta quota pelajar yang dapat elaun.
Jika quota penuh pelajar yang dapat elaun tu penuh, manakala quota untuk terima berapa ramai pelajar yang boleh menjalankan internship/praktikal di Perkeso tak penuh lagi, korang still akan diterima untuk intern/praktikal di situ, tapi tak dapat elaun ja.
Jadi kena hantar permohanan seawal yang boleh. Make sure semua dokumen wajib korang dah ada. Jangan tinggal satu pun.
Dokumen wajib tu ialah Resume, Surat Permohonan Praktikal yang ada cop & sign dari universiti korang, Surat Balasan (Company Reply Form) yang korang boleh dapatkan dari penyelia akademik korang, dan Keputusan Exam dari Semester 1 hingga Semester Terkini.
Keputusan Exam tu korang kena compile kan sekali dalam satu fail pdf tau. Jangan asingkan. Kena compile sekali jadi satu fail.
Korang boleh hantar permohonan melalui emel. praktikum@perkeso.gov.my
Bagaimana nak emel tu saya dah kongsikan di sini. [Bagaimana Nak Mohon Internship Di Perkeso]
Bila Perkeso terima emel korang tu, nanti mereka akan bagitahu apa langkah seterusnya yang korang perlu buat. Ada isi borang lagi tu tau nanti. Tunggu ja mereka reply emel korang.
Kalau tempat tu full dah, mereka akan bagitahu juga tu di emel nanti.
Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu anda semua 😘
No comments:
Post a Comment