Kenapa ada "unable to pay" ?
Masalah ini banyak dihadapi oleh pendaftar Shopee Affiliate yang baru dan juga lama. Maksud "unable to pay" ialah tidak dapat dibayar. Maka, anda tidak akan dapat gaji atau bayaran daripada Shopee.
Gaji atau bayaran ini merupakan komisen daripada hasil anda berkongsikan link shopee anda di media sosial. Contoh kalau anda share produk Pandora ni (https://shope.ee/8zadVehvbV), dapatlah juga komisen dari pembelian orang.
Jadi jika anda mendapat status "unable to pay", bermakna anda tidak akan dapat apa-apa komisen walaupun anda menerima status jumlah komisen dalam dashboard anda.
Jadi agak rugi kalau sudah ada jumlah komisen terpapar, tapi ada status "unable to pay" pula. Ini yang membuatkan ramai Shopee Affiliate kurang bersemangat nak teruskan kerja affiliate.
Sebab utama anda mendapat status "unable to pay" itu adalah kerana anda tidak menyelesaikan bahagian "payment and tax information" anda. Sesiapa yang ada status "unable to pay", pasti akan ada note berwarna kuning (Your bills cannot be paid because of invalid payment and tax information. Complete now).
Sepatutnya, dari awal lagi anda kena selesaikan semua penyerahan maklumat bank untuk pembayaran. Kalau anda hanya membiarkannya, maka status "unable to pay" itu yang anda akan dapat.
Cara Untuk Tukar Status "Unable To Pay"
Bagaimanapun, anda tidak perlu panik kerana status "unable to pay" tersebut boleh sahaja ditukar.
Cara Pertama
1. Tekan note kuning (Complete now). Anda kena isi maklumat yang kurang dan jika diperlukan untuk anda menghantar penyata bank, anda perlu download penyata bank dari bank anda. Sekarang ni mudah ja, penyata bank boleh didapatkan secara online.
Selepas dah download, screenshot muka pertama bank penyata anda. Pastikan anda tidak edit atau crop apa-apa dari screenshot anda tu.
Cara Kedua
1. Isi Webform ini - https://bit.ly/40YlzEy
2. Isi Nama dan ID Pengguna anda
3. Pilih jenis isu/pertanyaan - Pembayaran/Komisen. Terangkan masalah yang anda hadapi iaitu berkenaan dengan isu status "unable to pay"
4. Lampirkan sekali screenshot dashboard anda yang ada status "unable to pay"
Dengan cara ini, anda dapat menukar status "unable to pay" anda. Ada orang yang dapat reply daripada Shopee team dalam masa 24 jam. Jadi selalu lah check email anda. Jika Shopee team lambat respon webform anda tu, hantar lagi sekali webform.
Ada lagi yang belum mendaftar menjadi Shopee Affiliate? Pendaftaran dah lah percuma, boleh dapat komisen beribu-ribu tiap sebulan. Korang tak nak ker? 😇
Daftar dan tekan DI SINI. Jangan lupa letak Referral Code ni - C4BNUP9
No comments:
Post a Comment