Sunday, September 24, 2023

Produk Hilangkan Jerawat Paling Berkesan Di Watson

 

Produk Hilangkan jerawat

Produk hilangkan jerawat memang banyak kat drugstore. Sangat mudah nak dapat masa sekarang ni. Selain kat drugstore, produk hilangkan jerawat juga boleh didapati secara atas talian. Memang mudah sekarang ni. Banyak pilihan pula tu. Namun begitu, anda kena pastikan yang anda memilih produk hilangkan jerawat yang betul-betul sesuai dengan anda kerana setiap orang memiliki jenis kulit (berminyak, kombinasi, kering) yang berbeza dan masalah jerawat yang berbeza.

Claim cepat vouchers Watsons Malaysia kat SINI!

Sekarang, terlalu banyak produk hilangkan jerawat yang diperkenalkan di pasaran. Ada produk lama dan ada juga produk yang baru. Perlu diingatkan, bahasa setiap produk tersebut tidak 100% sesuai dengan semua orang. Jadi amat penting untuk anda memilih produk yang sangat sesuai. Jadi di sini saya akan senaraikan produk hilangkan jerawat yang paling berkesan. 

Produk Hilangkan Jerawat Paling Berkesan di Watson

Terdapat banyak sekali produk jerawat yang ada di Watson. Selain Watson, ada juga di Guardian dan farmasi. Tapi rekomendasi dari saya ada produk yang dijamin berkesan untuk hilangkan jerawat di muka. Produk-produk ini boleh didapati di Watson dan juga di Shopee (official store).


1. Watson Acne Patch


Banyak-banyak Acne Patch kat Watson tu, yang ni jugalah paling best sekali. Kalau tiba-tiba ada jerawat muncul, letak ja acne patch tu kat jerawat. Pakai sebelum tidur. Esok pagi jerawat confirm kecut. 



2. Wardah Acnederm
Wardah Acnederm ni ada BHA yang mana sangat bagus untuk hilangkan jerawat. Tekstur Wardah Acnederm ni adalah gel. Dia boleh bantu kurangkan minyak yang berlebihan kat muka dan membersihkan ruang pori yang tersumbat. 


3.  Nixoderm


Yang ni pun berkesan nak hilangkan jerawat. Ni bau dia macam minyak angin. Letak kat jerawat yang tumbuh sahaja. Akan rasa pedih-pedih sikit. But it's okay, sebab ia bagus. Ingat, pedih sikit ja tau. Kalau pedih sangat, haa maknanya kulit korang tak sesuai pakai ni. Pedih sikit tu tak lama pun. Sebab dia macam minyak angin. Tapi ni memang sangat bagus. Blackheads pun boleh hilang tau.



4. OXY 5 Acne Pimple Medication (For Mild Pimples)
Yang ni sesuai untuk rawat jerawat yang kecil-kecil tu. Kandungan dia ada 5% Benzoyl Peroxide yang mana dapat bunuh bakteria jerawat tu. Cara pengggunaan pula just letak kat jerawat yang kecil-kecil tu. Tak perlu letak kat satu muka.



5. OXY 5 Acne Pimple Medication (For Stubborn Pimples)
Yang ada jerawat besar tu, pakai yang ni. Ni memang berkesan nak rawat jerawat besar tu. Btw, kandungan dia ada 10% Benzoyl Peroxide yang boleh bunuh bakteria jerawat besar tu. 





No comments:

Post a Comment