Lama dah saya berfikir nak pakai braces atau tak. Susah nak decide. Sebab yang pertama risau tak konsisten nak pakai retainer lepas cabut braces hahaha. Pastu sebab kedua pula risau sakit sangat macam yang ramai orang katakan tu.
Akhirnya saya pun decide nak pakai braces. Actually, tahun lalu lagi saya sudah survey tempat klinik terdekat yang yang boleh pasang braces. Harganya pun saya dah survey. Bukan main-main eh harga dia. Huhuhu.
So, saya pun chat lah klinik yang saya jumpa tu. Boleh chat kat Whatsapp ya. Bagus betul, senang nak contact. Jadi mula-mula saya perlu datang dulu ke klinik tu untuk buat x-ray gigi dan check keadaan gigi.
Mula-mula doktor akan tanya sebab nak pakai braces. Saya pun bagitau lah sebabnya. Then, dia pun start check gigi dan buat scaling terus. Saya ada akar gigi terkeluar tau. So doktor tu cabut terus time tu. Jujur eh, tak sakit pun. Scaling dan cabut tu saya rasa boleh tahan lagi, tak lah sakit sangat pun.
Pastu done. Saya dibagi tarikh untuk pemasangan braces. Pembayaran pula time ni saya just bayar kos perundingan & pemeriksaan, scaling dan cabut akar gigi. Saya bayar tak sampai RM200 pun.
HARI PERTAMA PAKAI BRACES
Pada 12 Mac 2024, iaitu hari pertama kita berpuasa, saya pakai braces dah hahaha. Saya pakai braces jenis Self-Ligating. Ramai yang kata pakai braces jenis ini memang tak berapa sakit. Sebab tu saya pilih braces jenis Self-Ligating. Sebelum pasang, saya sign borang persetujuan.
Pastu nama saya kena panggil. Prosedur pasang tu lama betul. Sepanjang saya kena pasang tu saya asyik tengok jam kat dinding di depan saya tu ja hahaha. Lama tau. Nak sejam setengah juga lah.
So far, tak ada lah sakit mana pun time pasang. Biasa ja. Doktor tu pun bagus. Dia suruh saya bagitau ja dia kalau sakit kah apa kah. Tapi tak sakit pun saya rasa hahaha.
Doktor tu pasang braces kat atas dan bawah gigi. Saya fikirkan just pasang atas ja mula-mula. Rupanya pasang atas dan bawah sekali. Tapi weii kering bibir hahaha. Sudahlah first day puasa.
Btw, pakai braces time puasa tak batal tau.
Bila dah siap semua, saya rasa macam agak janggal juga lah mula-mula dekat mulut ni. Sebab belum biasa lagi kan. Jadi bila dah settle semua saya pun bayar lah deposit braces dengan ortho set. RM530 ja. Start bulan depan dah kena bayar RM200.
Dapat Makan Bubur Ja
Time sungkai, saya langsung tak dapat gigit makanan yang biasa saya makan. Nasi pun tak dapat gigit huhuhu. So saya makan bubur. Bubur tu pun saya blender tau tak. Lauk pula saya tak dapat makan apa-apa lauk. Jadi saya makan telur sup. Telur ayam tu saya gaulkan sampai dia jadi pecah dalam sup tu.
Tu ja lah makanan yang saya dapat makan since hari pertama ni hinggan hari sekarang. Sahur dan sungkai tu ja saya makan huhuhu. Kuih pun tak dapat makan. Kurma apa tah lagi.
Sakit? Tak. Saya tak rasa sakit sangat pun . Cuma ada kesukaran nak menggigit dan mengunyah ja sebab doktor tu ada letak tampalan sementara bulat kecik supaya bila saya gigit tak tekena bracket tu. Dia macam bagi jarak sikit lah macam tu.
Sebab tu saya susah nak kunyah dan gigit. Jadi bubur ja lah makanan yang saya dapat makan huhuhu.
Cara Nak Berus Gigi
Cara nak berus gigi yang ada braces ni saya banyak tengok kat tiktok. Memandangkan klinik ada bagi saya ortho set (ada berus gigi, floss, dll) jadi saya ada berus gigi yang sesuai lah. Bentuk dia lain tau dengan bentuk berus gigi biasa. Saya pun baru tahu. Kat bahagian tengah dia lebih rendah.
Bentuk berus gigi tu korang boleh tengok kat SINI.
Berus gigi tu tak boleh kasar-kasar. Kena lembut-lembut. Saya plan nak beli water floss. Tapi nanti lah hehe.
So kepada sesiapa yang still rasa takut nak pakai braces sebab ramai kata sakit kan, jangan risau. Ni pengalaman saya sendiri dan saya rasa tak sakit mana pun.
No comments:
Post a Comment