Ramai lagi yang tak tahu nak buat Resume ATS untuk kerja atau intern macam mana. Dah baca banyak pasal ATS ni tapi masih tak paham. Saya nak bagitau korang yang senang je sebenarnya nak buat Resume ATS untuk kerja atau intern ni.
Canva boleh buat Resume ATS? Jawapannya Tak. Canva tak ATS yer. Kena buat kat Microsoft Word atau WPS. Yang tu barulah boleh lepas sistem ATS.
Okay meh saya bagitahu apa itu ATS. ATS ni ialah sistem yang mana majikan atau syarikat guna untuk tapis resume semua pemohon. Dorang akan set nak pemohon yang ada kelayakan tertentu sahaja untuk dipanggil interview dan diterima bekerja.
Contoh, dorang set nak pemohon yang ada degree in marketing. Dan pandai Adobe software. Jadi ATS ni fungsi dia untuk cari resume yang ada keywords degree in marketing dan adobe software ni dalam semua resume. Yang tak ada tu, bye-bye.
Sebab tu pentingnya ada satu Resume ATS. Especially for fresh graduates. Zaman sekarang ni dah banyak juga company yang guna sistem ATS ni.
Tapi sebenarnya template ATS dia pun lagi kemas dan tersusun. Tak ada warna-warni. Ramai juga majikan yang suka dengan template macam ni. Lagi mudah nak baca.
Saya share contoh template Resume ATS kat sini. Boleh tengok bawah ni.
______
Ni antara contoh template yang ATS. Tak susah pun. Senang je.
Btw, ni template resume yang berjaya dapat 15+ interview dan 8+ tawaran bekerja dari MNC & GLC. Sebelum graduate pun dia dapat kerja dengan Resume yang macam ni.
Kredit: Ayu ShahirahSalem (Linkedin)
No comments:
Post a Comment